HASBIHTC.COM – Pesan Rasulullah Nabi Muhammad kepada kaum hawa nah
berikut bererapa pesan rasul kepada wanita dimana sebelumnya hasbihtc pernah
membahas mengenai nasehat Lukman Al Hakim pada anaknya yang saya rangkum dari
Hadistislam Al Islami berikut beberpa ulasan pesan nabi dan rasul mari kita
simak bersama yang dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
Ialah wanita isteri yang solehah Riwayat Muslim, Mana-mana perempuan yang
memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka
mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang
memandang itu adalah zina Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim
Pesan
Rasulullah S.A.W Kepada Kaum Hawa
Pesan
Rasulullah S.A.W Kepada Kaum Hawa
Berikut beperapa poin Pesanan Rasulullah
SAW Terhadap Wanita :
- Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia
keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka
ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah
zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
- Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya,
maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
- Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan
Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah
mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).
- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias
bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari
kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak
diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
- Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di
udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya
beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
- Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana
wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga
muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.
- Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan
agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya
(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat
pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.
- Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut
suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi
minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut
dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim.
- Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak
pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan
amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah
pada malamnya.
- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap
hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
- Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang
sabil).
- Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa
darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara
diri kita dari godaan duniawi dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta
akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah
SAW….
- wallahu taa’la a’la waa’lam.
Artikel Kumpulah hadis Rasul Pesanan
Rasulullah S.A.W Kepada Wanita semoga dapat bermanfaat, ahirukata wassalam
silahkan di liat juga Artikel Religi Hasbihtc
Tidak ada komentar:
Posting Komentar